Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Penampakan Yeti Cemaskan Pemain Ski

8 Feb 2016
No Comment

PYRENESS - SEPANYOL. Pemain-pemain ski di Sepanyol kini berada dalam ketakutan setelah rakaman video dan gambar satu objek seakan-akan yeti tersebar.

Video dan gambar-gambar tersebut dikatakan diambil di kawasan permainan ski popular Sepanyol di pergunungan Pyreness, Timur Laut Sepanyol.

The Sun melaporkan, foto merakamkan haiwan besar berbulu putih itu berjalan antara pohon-pohon di kawasan pergunungan itu.

"Ketika kami sedang bermain ski di Formigal bersama rakan-rakan, kami ternampak haiwan itu, kami saling bertanya apa itu, beruang atau yeti ?.

"Aku yakin, ada sesuatu yang berkeliaran di luar sana. Aku tahu apa yang aku lihat. Aku sudah memaklumkan perkara itu kepada pemilik resort, tetapi dia anggap aku bergurau," tulis kapsyen di gambar-gambar tersebut.

Bagaimanapun, pemilik sebuah pusat peranginan di situ berkata mereka tidak pernah menemui jejak haiwan tersebut di lembah-lembah pergunungan itu.

"Jangan takut, kami sudah bercakap dengan saksi yang melihat haiwan itu, setelah kami menyelidik kami tidak menemui haiwan tersebut.

"Oleh itu, kami memberi jaminan kepada pengunjung, bahawa kawasan ini selamat, tetapi kami akan tetap berwaspada,"  jelas jurucakap resort itu.

Seperti juga Bigfoot, yeti adalah hominid yang bergerak menggunakan dua kaki dan ia dikatakan menyerupai mawas dan ada juga sesetengah masyarakat yang menganggap ia sebagai 'manusia salji'.

Namun sehingga kini, kewujudannya masih lagi menjadi tanda tanya.






Bagi yang mempercayai kewujudan Yeti, mereka percaya ia wujud di kawasan pergunungan terutama di pergunungan Himalaya dan wilayah Nepal dan Tibet. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "