(Gambar) Lelaki Dakwa Berjaya Tangkap Ikan Keli Berwarna Keemasan Di Tasik Kenyir
KUALA BERANG: Seorang lelaki semalam melalui laman facebooknya mendakwa telah berjaya menangkap seekor ikan keli bewarna keemasan di kawasan Tasik kenyir, Terengganu.
Lelaki berkenaan yang menggunakan nama Facebook Mie Lawit telah menangkap ikan keli berkenaan petang semalam(24/2) kira-kira jam 6 petang.
"Rezeki yang tidak di duga, saya tidak pernah tengok sebelum ini," katanya.
Gambar-gambar yang dimuatnaik beliau itu kini menjadi viral di laman sosial.
Namun ini bukanlah kali pertama ikan keli bewarna keemasan ini ditemui di Malaysia, ikan jenis yang sama telah berjaya ditangkap oleh seorang lelaki bernama Apai Rickey di Saratok Sarawak pada November 2014 lalu.
Ikan keli berkenaan telah terperangkap di dalam bubu miliknya yang diletakkan di belakang rumahnya iaitu Rumah panjang Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok.
Berdasarkan carian kami, ikan keli bewarna keemasan ini adalah ikan keli jenis Keli Limbat dari keluarga Clariidae yang juga merupakan spesies ikan yang amat jarang dijumpa di Malaysia.
Ada sesetangah pihak mengatakan ikan keli jenis Limbat ini sudah pupus namun beberapa penemuan yang berlaku ini membuktikan spesies keli Limbat ini masih wujud.
Spesies ini mendiami kawasan-kawasan sungai, alur air dan paya. Diet utama ikan ini ialah anak ikan, serangga, udang dan ianya juga turut dikenali sebagai spesies yang memakan bangkai. - Siakapkeli.my