Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4,251 Mangsa Banjir Setakat 8 Malam Tadi

23 Feb 2016
No Comment


KUCHING, 23 Feb - Pusat pemindahan mangsa banjir di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan setakat 8 malam tadi menempatkan 4,251 orang dari 1,176 keluarga.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak, Siti Huzaiman Ibrahim, jumlah tersebut berkurang jika dibandingkan dengan 4,867 mangsa dari 1,305 keluarga yang ditempatkan di 27 pusat-pusat pemindahan berkenaan petang tadi.

Tambahnya juga, setakat ini sebanyak 16 pusat pemindahan di bahagian Kuching, 9 di bahagian Serian dan satu di bahagian Samarahan masih lagi dibuka.

Beliau menjangkakan lebih banyak pusat pemindahan ditutup esok berikutan keadaan banjir yang semakin reda. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "