Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video&Gambar)Kelibat 'Kembar' Seiras Ketua Polis Negara Kerja Di Restoran Nasi Ayam Jadi Viral

4 Jan 2016
No Comment

Menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu beberapa keping gambar kononnya 'kembar' Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang bekerja di sebuah restoran nasi ayam.

Lelaki warga Bangladesh bernama Md Raton Choukidar, 37, mula popular selepas beberapa orang pengguna media sosial memuatnaik gambarnya selepas berjumpa dengan beliau yang mempunya wajah seiras dengan Khalid.


Gambar diatas telah dimuatnaik oleh seorang pelanggan restoran Nasi Ayam Pak Mal yang merupakan tempat Md Raton bekerja.

Sementara gamabar di bawah ini pula dimuatnaik oleh seorang lelaki yang terjumpa kelibat 'kembar' KPN ini di Program Santai GeMS ambang tahun baru yang berlansung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam baru-baru ini.


Memetik laporan Berita Harian, Md Raton mengatakakan dia pada mulanya tidak tahu siapakah Khalid yang sering menjadi sebutan pelanggan apabila berjumpa dengannya.

"Apabila ada polis yang ingin bergambar dengan saya, selepas itu baru saya sedar wajah saya mirip dengan orang penting di Malaysia. 

"Apabila melihat gambarnya (Khalid) di televisyen atau surat khabar, saya mula bandingkan sama ada kami ada wajah seiras atau tidak," katanya sambil tersenyum.


Walaupun sibukm dia memberitahu akan tetap melayan pelnaggannya untuk bergambar walaupun kadang-kala kurang selesa apabila dikaitkan dengan tokoh penting negara itu.

"Setiap kali orang memberitahu wajah kami hampir serupa, saya hanya mampu tersenyum kerana pada pandangan saya, kami tidak ada sebarang persamaan. 

"Namun begitu, saya akan tetap melayan permintaan orang ramai terutama pelanggan di restoran kerana apabila mereka gembira, saya juga turut gembira," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "