Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hasil Kaji Selidik, Majaroti Tidak Setuju PAS-UMNO Bergabung

4 Jan 2016
No Comment

PETALING JAYA: Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru telah mandapati lebih daripada 45 peratus menyatakan tidak bersetuju untuk Pas dan Umno bekerjasama.

Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kajian itu telah dijalankan apada November lalu di Selangor dan jumlah responden tidak yang ditanya tidak didedahkan.

“Bila ditanya soal kerjasama, yang bersetuju dalam 35 peratus saja, bakinya lebih besar tidak bersetuju, khususnya dalam kalangan penyokong Pas.

“Kalau berlaku pertandingan antara Pas dan Umno, pengundi Pas akan mengundi Pas (manakala) pengundi UMNO akan mengundi UMNO,” katanya dipetik Sinar Online.

Menurut Redzuan, kerjasama politik antara Pas dan Umno tidakan akan memberikan sebarang manfaa kepada nasib orang Melayu di negara ini bahkan dengan kerjasama antara dua parti utama ini akan menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap parti pemerintah itu masih menebal.

“Kalau itu (kerjasama) berlaku saya melihat, pilihan raya nanti yang rugi adalah Pas, maklumlah UMNO ini masalah dalamannya nak beri kerusi pun bergaduh berhabis-habisan, apatah lagi nak beri kepada orang lain.

“Kita tahu sejarah UMNO ini, bercakap perpaduan Melayu pun dia tersepit juga. Saya nampak sama saja, penyokong UMNO tetap UMNO, penyokong Pas tetap Pas, tidak akan berlaku penyokong UMNO akan menyokong Pas dan sebaliknya,” katanya.

Berdasarkan kajian itu, beliau mendapati ahli Umno akan tetap setia bersama parti walaupun bergabung dan marah kepada pemimpinnya kerana soal kepincangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain isu kenaikan harga barang.

Ketika ini, rakyat terutamannya di Negeri Selangor sebenarnya masij mengharapkan pembaharuan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor kerana pentadbiran parti pembangkang dinegeri itu masih jauh daripada perubahan yang dikehendaki oleh pengundi-pengundi.

“Pakatan kena kerja kuat, kena betulkan, rakyat tidak melihat bahawa pemerintahan Pakatan membawa banyak perubahan, tetapi lebih marah kepada UMNO kerana banyak isu termasuk GST,” lapor akhbar itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "