Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Suami Renung Muka Anak Lama," Luah Isteri Guru Yang Maut Di Panah Petir

30 Jan 2016
No Comment


TANJONG KARANG: Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Harun maut setelah disambar petir semalam ketika menjalani sesi latihan bola sepak di SMK Seksyen 11 Shah Alam.

Mengenangkan perilaku suaminya sebelum itu, Nor Faizun Habib, 32,  menceritakan kepada portal Sinar Harian, suaminya menyatakan hati berat untuk keluar daripada rumah

“Suami berat hati nak tinggalkan rumah dan renung muka anak lama sangat…tak sangka rupa-rupanya dia nak tinggalkan kami buat selama-lamanya.”

"Beberapa minggu sebelum kejadian suami sempat mengadu dadanya berdebar dan sentiasa tertanya-tanya seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku namun dipendamkan sahaja."

“Suami pun tak banyak cakap beberapa minggu sebelum ke latihan bola tu tapi saya diamkan sebab tak mahu fikir bukan-bukan. Tapi hati terusik bila Allahyarham ada berbual jika dia meninggal dulu.

“Katanya jika dia pergi dulu, dia tak nak saya susah dan bagi tahu sudah langsaikan hutang kereta. Dia cakap dia tak nak saya terbeban dengan hutang,” katanya penuh sebak.

Nor Faizun yang kini sedang mengandung empat bulan dan mempunyai dua anak orang anak itu memberitahu Allahyarham suaminya sangat baik dan sayangkan anak sulung lelaki yang baru berusia lima tahun dan anak kedua perempuan yang berusia dua tahun.

“Allahyarham banyak tolong uruskan anak-anak sebelum ini dan sempat balut buku sekolah anak sampai lewat malam dan tak sangka itulah kenangan terakhir buat kami.

“Saya tak dapat gambarkan perasaan ini bila dapat berita sedih itu selepas dimaklumkan rakan suami jam 5.40 petang dan masa itu sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato Manan.

“Hanya ALLAH saja tahu perasaan saya ketika itu dan walaupun perit, saya tetap reda dengan ketentuan ILLAHI.

“Saya tengok anak sulung lelaki macam boleh terima tapi saya sebak bila anak perempuan asyik panggil dan mencari-cari ayah dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Persatuan, Kampung Seri Tiram Jaya hari ini.

Jenazah Mohd Farhan Masudi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya pada jam 10.30 pagi dan dihadiri lebih 50 ahli keluarga, rakan guru dan pelajar SMK Dato Harun serta penduduk setempat.

Sementara itu, kebajikan anak sulung mangsa yang juga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al Badar Kampung Sungai Tengi Kanan, Muhammad Fahim Zahin Mohd Farhan, 5, dijaga sebaik mungkin.

Pengerusi Pasti Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja berkata, pihaknya bersimpati dengan musibah yang tak disangka itu dan kehilangan insan tersayang.

“Semoga adik Fahmi dan sekeluarga tabah menghadapi ujian ALLAH dan insya-ALLAH, Pasti Al Badar akan mengurusakan tabung kebajikan murid dan takaful untuk membantu,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "