Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Qu Puteh Akan Tarik Balik Dua Produk Buat Sementara Waktu

22 Jan 2016

KOTA BHARU, 22 Jan: Dua produk Qu Puteh iaitu, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block akan ditarik balik dari pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara berkuat kuasa hari ini, kata Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman.

Menurut Hasmiza pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian belum lagi berlaku.

Hasmiza mengumumkan penarikan itu susulan kenyataan dari Kementerian Kesihatan yang mengesahkan kedua-dua produk itu mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

"Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.

"Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Hasmiza juga berkata biarpun kedua-dua produk itu diberhentikan jualan, produk kesihatan lain masih lagi dijual seperti biasa.

"Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "