Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peruntukan Bagasi Daftar Masuk Kembali Seperti Biasa - MAB

6 Jan 2016
No Comment


KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan Malaysia Airlines mengesahkan peruntukan bagasi daftar masuk telah kembali seperti asal bagi semua penerbangan dalam rangkaiannya termasuk perkhdimatan ke Amsterdam, Londan dan juga Perancis.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata berdasarkan penilaian risiko semasa yang dilakukan pada asas harian, membolehkan syarikat penerbangan itu mengambil laluan yang lebih pendek untuk terbang ke Eropah.

"Malaysia Airlines mengutamakan keselamatan dalam operasinya, dan tidak akan teragak-agak untuk menyelaraskan laluan penerbangan berasaskan penilaian risiko harian," katanya.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengehadkan sementara peruntukan bagasi daftar masuk bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Eropah disebabkan laluan yang lebih jauh ke Eropah selain dari angin yang kuat, yang menghadkan keupayaan membawa bagasi dan kargo. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "