Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Culik : Remaja 14 Tahun Mengaku Bersalah, Teman Lelaki Minta Dibicarakan

6 Jan 2016


KLANG, 6 Jan: Remaja perempuan 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik pada Disember mengaku bersalah atas tuduhan memberi keteranga palsu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Remaja berkenaan membuat pengakuan terbabit di hadapan Majistret, Nor Asma Ahmad.

Sementara itu, teman lelakinya, Gan Chin Teck, 19 yang turut didakwa dimahkamah yang sama kerana melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah mengaku tidak bersalah danmeminta dibicarakan.

Gan di dakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali.

Kes remaja berkenaan menjadi viral di media sosial dan mendapat perhatian seluruh Malaysia apabila rakaman suara kononnya remaja 14 tahun itu diculik 'van putih' tersebar.

Bagaimanapun, remaja berkenaan ditemui bersama teman lelakinya di stesen minyak di Kanchong Darat Banting oleh Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor pada 31 Disember, jam 7.45 malam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "