Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekiranya Anda Pernah Sakiti Insan Tersayang dan Masih Rasa Bersalah, Mungkin Cara Seperti Ini Berkesan...

24 Jan 2016
No Comment


Seorang lelaki yang bergelar suami memikul tanggungjawab yang besar dalam hal rumah tangga. Selain bekerja memberi nafkah kepada si isteri mereka juga perlu menjaga hubungan rumah tangga agar sentiasa bahagia.

Bagaimanapun langit tidak selalunya cerah, laut mana yang tidak bergelora? Sebaik-baik sang suami, selagi bergelar manusia sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Lebih-lebih lagi dengan kepenatan bekerja dan sebagainya mungkin emosi mempengaruhi tingkah laku.

Antara kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh si suami mungkin boleh menyakiti si isteri sehingga pada tahap fizikal yang mana ada yang kita dengar kes suami pukul isteri. Bagaimanapun hanya segelintir sahaja suami yang tidak berhati perut dan memukul isteri tanpa rasa bersalah.

Bagi suami yang besifat penyayang, bertanggungjawab kebiasaannya akan timbul rasa bersalah dalam diri setelah gagal mengawal emosi.

Berikut adalah satu kisah suami isteri yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman social Facebook, Mat Ran yang mana sabahatnya meminta pendapat setelah rasa sangat bersalah kerana pernah memukul isterinya.

Berikut adalah penceritaan beliau:

Mat, aku pernah tampar isteri aku, sampai dia menangis. Tetapi dia tetap masakkan untuk aku dan anak-anak. Ini dulu Mat, Alhamdulillah sekarang aku dah banyak berubah dan tak pukul isteri dan anak-anak lagi.

Mat, sampai sekarang aku tak boleh lupa saat aku tampar dia. Sampai sekarang aku rasa bersalah sedangkan dia telah maafkan aku.

Aku pernah minta isteri balas balik apa yang aku buat, tetapi bukan tampar yang dia bagi, Ciuman yang dia “hadiahkan”.

Mat, apa perlu aku buat untuk hilangkan rasa bersalah ni Mat?

Lama Mat diam, berkaca mata Mat mendengar “kehebatan” isteri beliau.

jawab Mat: Isteri ko “bakal syurga” Insyaallah. Orang perempuan ni setia dia kepada suami lain macam. Jahat macam mana suami pun, dia tetap sayang, dia tetap akan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Kau gunalah tangan yang pernah kau tampar dia untuk jadi “Hamba” kepada dia. Jika kau ada masa lapang, pegang tangan isteri. Cakap kat isteri begini:

“Sayang, hari ini abang taknak sikit pun sayang buat kerja rumah, sayang arahkan apa sahaja untuk abang buat. Abang nak sayang rehat hari ni.”

Lagi satu, lepas solat subuh sediakan sarapan untuk isteri, kemas rumah, basoh baju isteri dan anak-anak, pergi pasar beli sayur ikan, ayam. Balik kau masak untuk mereka.

Kau hidangkan semua. Bila waktu nak makan, guna tangan yang pernah kau tampar dia untuk suapkan nasi ke mulut dia.

"Jangan guna tangan kiri la!"

Lepas kau suap isteri, suap untuk anak-anak. Insyallah, rasa bersalah tu akan hilang.

“lelaki dayus ni bukan ikut telunjuk isteri untuk buat kebajikan, tetapi lelaki dayus ni membiarkan isterinya dalam "kebinasaan"”.

Nota: Hamba — memberi khidmat yang terbaik untuk isteri.

Bagaimanapun diharap tidaklah diulangi kesilapan-kesilapan seperti itu. Benar, manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan tetapi berlajarlah dari kesilapan. Sudah tersilap, mohonlah maaf, dan tebus kesilapan dengan membuat perkara-perkara yang baik terhadap mereka yang kita telah salahi. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "