Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Faizal..Jadilah Seperti Faizal..

17 Jan 2016
No Comment

Nama seorang anak muda, Ahmad Faizal Murtadza mula menjadi sebutan apabila kisahnya seorang "runner" sepenuh masa dikeluarkan oleh portal The Malaysia Insider.

Menerusi wawancara oleh portal tersebut, Faizal menceritakan kisahnya sebagai runner yang bermula pada setahun lalu dan biarpun dia beberapa kali ditawarkan kontrak puluhan ribu ringgit untuk menguruskan penghantaran barangan termasuk dari syarikat besar, Faizal memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana dia mahu mengekalkan niat asalnya untuk menjadi runner, iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan.

Lebih menarik, Faizal juga tidak meminta sebarang upah tetap dalam pekerjannya, tapi hanya mengenakan "upah seikhlas hati". Biarpun begitu, Faizal tetap gembira dan berpuas hati dengan pendapatannya kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.

Menceritakan kisahnya kepada The Malaysia Insider, Faizal kelihatan teruja untuk menceritakan pengalamannya sebagai runner untuk menghantar barangan, antaranya bunga, kek, makanan, dan binatang peliharaan dengan menggunakan sebuah motosikal, Honda Wave 125cc.

kawan minta tolong ambilkan lauk ikan patin masak tempoyak dan hantar ke KL, apa yg saya tertarik dengan bro ni, dia...
Posted by Ahmd Fzl on Tuesday, 12 January 2016

"Ada syarikat besar yang menawarkan saya kontrak untuk menjadi pihak pengurusan penghantaran produk mereka, siap dengan pejabat dan kerani.

"Mula-mula kelabu juga mata saya, tetapi selepas berbincang dengan ibu bapa dan keluarga, saya memilih menolak tawaran mereka.

"Syarikat itu kata, saya tidak perlu buat 'runner' sana sini, duduk sahaja, tapi tak 'syok'. Saya minat berjumpa orang. Saya boleh motivasikan diri. Saya kena kerja keras," katanya.

"Ayah saya mengingatkan saya tentang niat asal saya membantu mereka yang mahukan pertolongan dan perkhidmatan," katanya.

collect kuih dan hantar ke yeop goreng pisang. siapa tak kenal yeop? pisang goreng ini boleh dikatakan famous area seksyen 19 shah alam. alhamdulillah settle. jom sambung kerja.
Posted by Ahmd Fzl on Tuesday, 12 January 2016

Faizal juga berkata, ada juga pelanggan yang pernah meminta dia ke Jepun, China dan Singapura namun dia terpaksa menolan tawaran tersebut.

"Pernah pelanggan minta saya pergi ke Jepun untuk jual beli emas, dan China, ada juga minta saya pergi Singapura, tetapi saya tolak. Sebab jauh satu, kos lagi.

"Bila pegang amanah orang, kena buat elok-elok, tak boleh main-main. Kita perlu jujur. Kalau tidak, kita lingkup," kata beliau yang juga bapa kepada seorang anak berusia 9 bulan.

Khidmat Faizal tidak tertakluk kepada penghantara sahaja malah ia tiada had dan meliputi apa sahaja yang diperlukan oleh pelanggan seperti contoh bil utiliti tertunggak dan cukai jalan.


air dah kena potong jadi kita tolong client ni settlekn bil beliau inshaAllah petang ni pihak syabas sambung meter semula :)
Posted by Ahmd Fzl on Tuesday, 12 January 2016
"Saya sampai satu tahap diminta menjadi pengintip suami orang," katanya, sambil ketawa.

Menariknya, Faizal juga turut menggunakan perakam GoPro yang dipasang pada dadanya untuk merakam gambar & video sebagai bukti penghantaran.

"Saya tidak pernah buat tugas 'runner', sebab itu saya cuma caj seikhlas hati, kerana saya mahukan pengalaman.

"Saya tidak ada pengalaman, jadi mana boleh saya nak 'demand'. Kalau saya caj RM100 untuk satu penghantaran, nanti pelanggan kata mahal sangat, lepas itu mereka tidak mahu lagi menggunakan khidmat saya.

"Lebih baik saya tidak letakkan harga, jadi nanti kalau mereka berpuas hati, mereka akan panggil saya lagi," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "