PDRM Nafi Dakwaan Senarai Tempat Sasaran Pengganas Yang Tersebar Menerusi Whatsapp
SHAH ALAM, 17 Jan - Pihak polis hari ini menafikan dakwaan yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa kononnya kumpulan militan IS sudah menyenaraikan beberapa tempat di ibu negara sebagai sasaran serangan.
Menurut Ketua Komuniasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, PDRM tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut secara spesifik tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas.
“Kenyataan Ketua Polis Negera pada 15 Januari 2016 berhubung perkara ini hanya menyebut bahawa pihak polis akan mempertingkatkan pengawasan dan kawalan keselamatan di tempat-tempat tumpuan awam, demi menjamin keselamatan masyarakat,” kata beliau.
Tambah beliau lagi, PDRM memandang serius sebaran berita seperti ini kerana ia boleh meningkatkan kegusaran dan ketakutan masyarakat secara keterlaluan.
“Masyarakat dinasihati agar tidak mudah percaya dan berhenti berkongsi berita-berita yang boleh membangkitkan keresahan khususnya yang bukan dikeluarkan oleh agensi keselamatan negara.” katanya. - Siakapkeli.my