Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Dilanggar Lori : "Hati Saya Hancur" - Ibu

19 Jan 2016


KLANG: Ibu kepada pelajar SMK Bagan Terap, Siti Nuraisyah Shahrin, 13, meluahkan rasa pilunya dengan apa yang berlaku kepada anak perempuannya itu.

"Dia begitu berani. Tetapi sebagai seorang ibu, sukar untuk saya menjadi seorang yang tabah. Pedih hati saya melihat anak perempuan saya perlu melalui semua ini.

"Tidak ada ibu yang mahu anaknya menderita seperti ini. Hati saya hancur," kata Maimunah Md Razali, 48.

Kata Maimunah lagi, apa yang boleh dilakukan olehnya sekarang adalah berdoa agar Nuraisyah cepat sembuh dan dapat berjalan semula.

Pada Isnin lalu, Nuraisyah yang sedang menaiki motosikal terlibat di dalam satu kemalangan yang menyebabkan kedua-dua kakinya terputus dan hancur.

Di dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, sebuah Perodua Kancil dipercayai memotong motosikal mangsa dan menyebabkan Honda EX5 mangsa terbabas.

Siti Nuraisyah tercampak ke tengah jalan, manakala kakak tirinya, yang juga menaiki motosikal yang sama, tercampak ke bahu jalan.

Malang menimpa Nuraisyah apabila sebuah lori datang dari arah bertentangan dan melanggar kakinya.

Bapa tiri Nuraisyah, Roslan Sardi, 40, berkata dia dan keluarga baru sahaja berpindah ke kampung di Sabak Bernam dari Pelabuhan Klang pada pertengahanbulan Disember lalu kerana keperluan keluarga dan kerja.

"Saya memindahkan semua anak-anak saya ke sekolah rendah dan menengah di Sabak Bernam, dengan harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih tenang di kampung.

"Sekarang, saya menyesal dengan keputusan itu. Anak perempuan saya mungkin tak jadi seperti ini jika kami tinggal di tempat lama," kata Roslan sebagaimana lapor mStar Online.

Menurut Roslan juga, kaki anaknya itu sudah tidak boleh disambung.

Kaki kirinya telah dipotong di bawah pergelangan kaki, manakala kaki kanannya telah dipotong di bawah lutut.

"Kami semua bersedia untuk menyokongnya sepanjang proses pemulihan dan saya mahu mendapatkannya sebuah kerusi roda dan kaki palsu untuk membantunya berjalan kaki dalam masa terdekat.

"Saya berharap dia dapat ke sekolah tidak lama lagi," katanya.

Dalam perkembangan kes yang sama, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam mengesahkan bahawa laporan telah dibuat oleh pemandu lori dan pemandu Perodua Kancil pada Selasa dan kenyataan mereka telah pun diambil.

Kenderaan-kenderaan yang terlibat telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "