Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

RM29.8 Billion 'Dikebas' Dari Tabung Awam Nigeria

19 Jan 2016

ABUJA, Nigeria: Seramai 55 orang termasuk menteri kerajaan, gabenor negeri, pegawai awam, pemilik bank dan ahli perniagaan telah melesapkan AS$6.8 billion (RM29.8 billion) dari tabung awam Nigeria dalam tempoh tujuh tahun, kata Kementerian Penerangan Nigeria.

Biarpun Nigeria merupakan antara pengeluar minyak utama Afrika, ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan akibat wabak rasuah yang mereka dalam kalangan segelintir kumpulan elit terbabit.

Presiden Muhammadu Buhari, 73, seoran gbekas pemimpin tentera yang mengambil alih kuasa pada Mei tahun lalu selepas memenangi pilihan raya berikrar untuk membasmi rasuah.

Sejak itu, beberapa nama-nama besar, termasuklah bekas penasihat keselamatan negara dan bekas menteri pertahanan didakwa atas tuduhan rasuah. Selain itu, presiden itu jugamengarahkan siasatan ke atas bekas ketua tentera atas tuduhan penipuan pembelian senjata.

Menurut Menteri Penerangan, Lai Mohammed, ketika beliau melancarkan kempen kesedaran rasuah di Abuja, anggaran RM29.8 billion yang lesap itu termasuklah AS$742.42 juta (RM3.26 billion) oleh 15 bekas gabenor negeri, AS$2.65 billion (RM11.6 billion) oleh pengusaha bank dan AS$35.35 juta (RM155 juta) dicuri oleh empat bekas menteri.

"Kalau kita tidak menghapuskan rasuah, rasuah akan membunuh Nigeria," kata Mohammed.

Menurut Presiden negara terbabit, kerajaan akan mendapatkan semula jumlah wang yang idcuri dari sektor minyak dan tabung awamnya hampir kosong sebaik dia mengambil alih kepimpinan negara itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "