Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peguam Negara Dilantik Sebagai Anggota Lembaga Tabung Haji

26 Jan 2016
No Comment

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji, lapor portal Malaysiakini.

Perlantikan berkenaan dikatakan telah disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad kepada portal The Malaysian Reserve.

“Ya, kami boleh sahkan pelantikan Apandi Ali sebagai anggota lembaga Tabung Haji baru-baru ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Hasil semakan kami di laman sesawang portal Tabung Haji mendapati memang sudah terdapat nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.


Berita perlantikan ini timbul ketika terdapat desas desus mengatakan lembaga pengarah itu melewatkan bayaran dividen kepada sembilan juta pendepositnya.

Berdasarkan laporan Malaysikini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan bahawa lembaga itu dalam keadaan baik dan maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan lewat hari ini.

Asyraf demikian sebagai mengulas surat bocor kononnya daripada Bank Negara Malaysia memberi amaran Tabung Haji rizabnya dalam paras negatif.

BACA: Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM, Saksi Sahkan RM2.08 Billion Sumbangan Peribadi

Manakala berita perlantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai ahli lembaga pengarah ini juga muncul selepas peguam negara tersebut mengumumkan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International dan mahu SPRM menutup kes tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "