Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Netizen Kecam Foto Palsu Boleh Menang Peraduan Anjuran Nikon

31 Jan 2016


Tembelang sudah pecah apabila satu gambar yang memenagi satu pertandingan anjuran Nikon merupakan gambar yang tidak asli dan telah diubahsuai.

Gambar kepunyaan seorang warga Singapura itu dikatakan menipu kerana menampal imej kapal terbang melalui sebuah tangga.

Warga Singapura itu, Yu Wei sebelum ini mendakwa gambar tersebut adalah hasil kerjanya sendiri yang dirakam menerusi lensa kamera.



Setelah penipuan itu diketahui, rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan Yu Wei dan mempertikaikan kemenangannya.


Selain dari cemuhan di ruangan komen, pengguna media sosial turut memerli Yu Wei dengan membuat gambar palsu hasil dari gambar tangga itu.






Yu Wei kemudiannya memuat naik kenyataan mengenai perkara tersebut melalui laman web petapixel.

Menurut Yu Wei gambar laluan tangga adalah gambarnya yang original dan dia memang menampal gambar kapal terbang didalam foto tersebut.

Selain itu Yu Wei juga turut memohon maaf atas apa yang terjadi dan menjelaskan dia hanya memasukkan gambar itu ke dalam peraduan tersebut untuk suka-suka sahaja. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "