Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Sirul Buat Pengakuan Sumpah Dalam Video Berdurasi 55 Saat

31 Jan 2016

SHAH ALAM - Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar bersumpah bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat atau mempunyai kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya.

Sumpah terbabit dilafaz oleh Sirul dalam sebuah video terbarunya yang berdurasi 55 saat.

Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk menfitnah seseorang.

Adalah berdosa besar kepada saya jika saya menfitnah seseorang itu. Saya lafazkan di sini, Wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat atau kaitan dalam kes ini,” katanya.

Bagaimanapun, Sirul tidak menjelaskan secara khusus apa maksud 'kes ini' yang dikatakan olehnya.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Sirul dan seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan dan kemudian didapati telah pun berlepas ke Australia dipercayai pada Oktober tahun lalu. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "