Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Jual Gelaran 'Datuk Seri' Kepada Warga Bangladesh Ditahan

21 Jan 2016


KAPAR, 21 Jan: Seorang lelaki ditahan kerana menipu dengan mendakwa boleh menjual sebuah kereta mewah BMW dan gelaran 'Datuk Seri' kepada seorang warga Bangladesh.

Difahamkan, warga Bangladesh itu mengalami kerugian sebanyak RM235,400 akibat penipuan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kalang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff mamat, suspek yang berusia 33 tahun itu berkenalan dengan warga Bangladesh itu beberapa bulan yang lalu.

Suspek menawarkan sebuah kereta BMW pada harga RM164,200 kepada lelaki berkenaan.

Melihat mangsa berminat dan sanggup membayar sejumlah wang yang banyak untuk membeli kereta tersebut, suspek kemudian menawarkan pula gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' kepada mangsa dan anaknya.

"Suspek kemudian meminta mangsa membayar RM71,200 bagi mendapatkan gelaran itu, namun selepas pembayaran dibuat, kereta yang dibeli masih belum diperolehi selain pelbagai alasan diberikan apabila ditanya mengenai gelaran itu.

"Menyedari dirinya ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Meru. Suspek ditahan di Damansara dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "