Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keputusan Undian Di Siakapkeli: Rakyat Mahu Mukhriz Kekal Sebagai MB Atau Perlu Berundur

21 Jan 2016
One Comment

Berikutan kes yang menjadi bualan hangat ketika ini, dimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan telah hilang kepercayaan oleh UMNO Kedah, di mana mereka meminta supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya melantik Menteri Besar Kedah yang baru.

Memetik Akhbar Sinar Harian, Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah berkata, "Perdana Menteri diminta supaya mengambil tindakan mengugurkan Mukhriz sebagai Menteri besar memandangkan rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau."

Berdasarkan pemerhatian admin dilihat rata-rata rakyat membantah keputusan UMNO Kedah berkenaan.

Oleh itu, pada hari ini, kami telah membuat satu "poll" yang bertanyakan "Adakah rakyat Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dan mahukan MB baru."

Untuk rakyat yang mahu Mukhriz KEKAL tekan LIKE, dan

Rakyat yang mahu Mukhriz UNDUR tinggalkan komen, UNDUR.

Berikut adalah keputusan sehingga jam 3.50 petang sebentar tadi.


  • Sokong supaya Mukhriz KEKAL sebagai MB = 122,805 LIKE
  • Sokong Supaya Mukhriz UNDUR dari MB = 4 komen tulis UNDUR


Dan selebihnya komen 5,535 komen lain "ROSAK" dimana kebanyakkan menyokong Mukhriz kekal, ada yang memberi cadangan supaya Menteri Besar Kedah berkenaan membubar Dewan Undangan Negeri untuk diadakan pilihanraya semula dan ada yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

**Keputusan undian ini bukan diundi oleh rakyat Kedah sahaja, tetapi satu Malaysia.


- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. cuba pulak SK buat poll rakyat mahu MB kedah baru ke mahu PM baru?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "