Selepas muncul dalam rancangan 'Terlajak Puteh, Nampak' di saluran Astro, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman menafikan tindakannya itu sebagai mahu menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya.
Memetik posting di Instagramnya, wanita itu yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, niatnya muncul di dalam rancangan yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi itu sebagaimemenuhi permintaan penerbit rancangan itu yang mahu beliau kongsikan kejayaan dalam perniagaannya.
"Saya tiada maksud untuk menunjuk-nunjuk atau riak.
"Saya perolehi dengan titisan keringat dan airmata. 16 tahun dah saya berjuang dalam bidang ini, 16 tahun hidup penuh ranjau dan ujian," demikian memetik kata-katanya.
Selain Datuk Seri Vida, turut sama berkongsi cerita kejayaan dalam dunia perniagaan mereka adalah Datuk Aliff Syukri dan Rita Sosilawati. -Siakapkeli.my
xperlulah kot nk riak vida oii.. kalau x xkn org cakap. tgk muka pon dh tau.
BalasPadam