Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Salah Baju, Tapi Badan Saya Yang 'Sado' - Fara Fauzana

26 Jan 2016
No Comment

Berikutan tersebar gambar yang membandingkan pakaian Fara Fauzana ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) dengan ayam belanda, Fara telah tampil meminta peminat supaya tidak menyalahkan pereka persalinan keduanya itu oleh Rizalman Ibrahim.

Fara yang merupakan mengacara radio Hot FM sebelum itu mengenakan persalinan rekaan Lynda Rahim sebelum menukar persalinan kedua di mana terus ada peminat yang mengedit gambarnya memakai baju berkenaan di sebelah gambar ayam belanda.

"Pereka tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi mencantikkan saya. Bukan salah baju, tetapi salah badan saya yang 'sado'. Jadi, kalau nak kutuk, biarlah saya yang dikutuk. Jangan kutuk pereka fesyen," kata Fara di laman Instagramnya, semalam.

Sebelum itu, Rizalman telah menjelaskan bahawa pakaian yang dipakai oleh Fara tersebut adalah koleksi sedia ada daripada tahun lalu lagi.

Baju berkenaan yang dipakai oleh Fara untuk menjadi pengacara pada malam AJL30 itu telah dipinjam pada saat akhir apabila pakaian oleh pereka fesyen lain yang sepatutnya digayakan wanita itu, tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah berkenaan.

Sementara itu, mengenai kritikan terhadap gaya pengacaraan pada acara terbabit, Fara yang mengendalikan AJL30 bersama AG, enggan memanjangkan perkara berkenaan.

"Saya cukup seronok bekerja dengan AG. Dialah hero saya pada malam itu. Bab gagap dan tersilap itu memang (salah) saya. Gementar itu janganlah cakap kerana sudah bertahun saya tak mengacarakan AJL.

"AG yang banyak 'cover' kesilapan saya. Apapun, saya sayang awak semua dan terima kasih kepada yang sudi memberi komen.

"Positif atau negatif komen kalian, saya tetap suka kerana itu tanda semua yang menonton dan memerhatikan saya sangat prihatin," katanya dipetik BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "