Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Brunei Larang Penjualan Beberapa Produk Qu Puteh — Lapor The Times Brunei

22 Jan 2016

Kerajaan Brunei telah mengharamkan penjualan dua produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan-bahan yang berbahaya, sebagaimana lapor portal berita Brunei, The Times Brunei.

Laporan berkenaan menyebut, Kementerian Kesihatan Brunei telah mengharamkan produk kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan Whitening UV Block Qu Puteh.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Seksyen Kawalan Kualiti Dadah Brunei di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi telah menjalankan ujian terhadap produk terbabit dan berkata produk Qu Puteh mengandungi merkuri.

Merkuri merupakan bahan yang dilarang didalam kosmetik mengikut Ubat Brunei (Produk Kosmetik) 2007.

Laporan itu menyebut, penggunaan merkuri tanpa kawalan boleh menyebabkan ruam kulit, hilang ingatan, kelemahan otot dan merosakkan otak serta ginjal.

Kementerian itu juga di dalam kenyataan terbabit turut menasihati agar pengguna untuk berhenti menggunakan produk dan berjumpa doktor jika mereka mengalami sebarang tindak balas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "