Azam Baki |
Menerusi satu kenyataan di laman web rasminya, SPRM berkata pembayaran wang tersebut bertujuan bagi melindungi kegiatan haram pelombong tersebut supaya kegiatan mereka tidak diambil sebarang tindakan penguatkuasaan.
The Malaysia Insider melaporkan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Dato Haji Azam bin Baki berkata pegawai-pegawai itu ditahan dirumah mereka di dalam operasi tiga jam yang berakhir pada 9 malam.
"(Ketika serbuan) Kami temui sejumlah wang yang banyak disorok di dalam sebuah mesin basuh milik pegawai kanak, dipercayai adalah wang rasuah", kata beliau.
Nilai wang rasuah yang terlibat dalam kes ini lebih dari RM100,000.
Mereka yang ditahan berusia antara 30 dan 38 tahun itu ditahan reman seminggu bermula hari ini mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Siakapkeli.my