Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Awas Kepada Polis-Polis Yang Perut Mula Membuncit

7 Jan 2016

Kuala Lumpur: Buat anggota polis, berita ini mungkin kurang enak didengar. Jika perut anda mula membuncit ke depan, ia mungkin satu petanda yang kurang baik untuk karier anda.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata PDRM bakal mewajibkan anggotanya lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan lain sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Menurut beliau, ini adalah sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDM untuk menjaga kesihatan diri selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain itu, syarat ini juga perlu untuk memastikan warga agensi tersebut supaya mereka sentiasa cergas dan dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015.", katanya sebagaimana lapor myMetro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "