Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peguam Negara : Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM, Saksi Sahkan RM2.08 Billion Sumbangan Peribadi

26 Jan 2016

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara hari ini berpuas hati bahawa tiada kesalah jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara(AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarhkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup di dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, ketiga-tiga kertas siasatan tersebut yang membabitkan satu kertas siasata dana RM2.6 billion dan dua kertas siasatan berkaitan SRC International sudah dikemukakan kembali kepada SPRM.

"Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).

"Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan.

"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "