Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aamir Khan Digelar Baymax Kerana Gemuk

24 Jan 2016


Pelakon popular Bollywood, Aamir Khan sememangnya terkenal kerana gemar membawa watak-watak yang luar biasa.

Terbaru, aktor itu kini berubah menjadi gemuk semata-mata kerana filem terbaru lakonannya, Dangal.

Laporan dari portal Bollywood Life, Aamir Khan telah menaikkan berat badannya sebanyak 25 kilogram dan perubahan itu mengejutkan orang ramai.

Disebabkan itu, pengamal media menggelarkan Aamir sebagai Baymax kerana memiliki tubuh besar dan perut yang gendut.

Bagaimanapun, Aamir tidak akan mengekalkan imej terbabit dalam tempoh yang lama kerana dia perlu menurunkan berat badannya semula untuk filem yang sama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "