Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Bantuan Maut Tercampak Keluar Dari Myvi di LPT2

3 Dis 2015
No Comment


Dungun, 3 Dis: Seorang polis bantuan yang berusia 23 tahun maut tercampak dari keretanya apabila kereta yang dipandunya itu terbabas di Kilometer 339.9 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) , paka dekat sini dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Nazrul Mohd Ropi, dari Kampung Bukit Aceh Matang maut di tempat kejadian.

Kereta mangsa dipercayai terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum berpusing dan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta tersebut.

Mangsa parah di kepala serta patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian ketika dihubungi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "