Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jumlah Hutang Kerajaan Kini RM623.3 bilion

3 Dis 2015
No Comment

KUALA LUMPUR: Timbalan menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini di dalam dewan rakyat telah mendedahkan bahawa jumlah hutang kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion.

Beliau memberitahu perkara berkenaan di dewan parlimen selepas menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini dipetik dari Bernama. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "