Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keputusan Untuk Muhyiddin Berucap Pada PAU2015 Akan Diketahui 9 Disember Nanti

3 Dis 2015



Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas Umno pada 9 Disember ini akan menentukan sama ada Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 atau sebaliknya.

Hal itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Tunggu Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas pada malam 9 Disember ini," katanya hari ini.

Tengku Adnan juga secara peribadinya berpendapat ucapan penggulungan oleh presiden juga sudah mencukupi untuk persidangan kali ini.

"Bagi penggulungan, pada pandangan saya sehingga ke hari ini, presiden cukuplah. Tak perlu orang lain. Itu pandangan saya," katanya.

Isnin lalu, Tengku Adnan memaklumkan perlembagaan parti tidak menyatakan seorang timbalan presiden parti perlu membuat ucapan penggulungan, sebagaimana yang sering dilakukan sebelum ini.

Mengikut persidangan-persidangan Umno sebelum ini, ucapan penggulungan presiden akan disusuli terlebih dahulu dengan ucapan daripada ketua-ketua sayap, naib dan timbalan presiden. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "