Permohonan Baru BR1M 2016 Mula Dibuka Sabtu Ini, Bayaran Bermula 28 Jan
Kuala Lumpur, 2 Dis - Permohonan baru bagi BR1M bagi tahun 2016 akan mula dibuka Sabtu ini hingga 31 Dis, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Selain permohonan baru, mereka yang ingin mengemaskini maklumat juga boleh melakukan dalam tempoh tersebut dengan memuat turn borang di portal rasmi BR1M LHDN Malaysia di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.
Borang tersebut juga boleh diperoleh di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN dan pusat transformasi bandar LHDN, kata beliau lagi selain menambah permohonan baru dan mengemaskini maklumat juga boleh dilakukan online.
"Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih," katanya.
"Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran," katanya.
"Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Jan 2016," katanya memetik laporan Bernama. - Siakapkeli.my
Untunglah siapa yang dapat BR1M ni
BalasPadam