Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MTUC Minta Ahmad Maslan Tarik Semula Cadangan 2 Kerja

28 Dis 2015
No Comment

KUALA LUMPUR: Berikutakan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan industri, Datuk Ahmad Maslan yang mencadangkan 2 kerja kepada rakyat Malaysia untuk mengurangkan bebanan kos yang semakin meningkat, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan menarik semula saranan tersebut.

Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam berkata, cadangan asal oleh Timbalan Menteri itu dilihat berpotensi menjejaskan keluarga dan kesihatan pekerja.

"Kajian mendapati memiliki dua pekerjaan boleh membawa impak negatif ke atas kesihatan, produktiviti dan masa bersama keluarga seseorang pekerja.

"MTUC menggesa Kerajaan supaya memikirkan pendekatan dan merumuskan strategi berkesan bagi memastikan pekerja sama ada sektor swasta atau awam untuk meraih pendapatan mencukupi untuk keluarga serta diri mereka," katanya dipetik laporan Astro Awani hari ini.

Ahmad Maslan sebelum ini menerima kritikan ramai rakyat Malaysia selepas mengeluarkan saranan tersebut dimana katanya memiliki dua pekerjaan bukan perkara yang asing dan dilakukan di serata dunia.

Dalam pada itu kata N Gopal, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke perhatian Kementerian Sumber Manusia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari kaedah menaikkan gaji pekerja.

"Kita berharap kerajaan menarik balik saranan itu dan tidak mengalakkan rakyat memiliki dua pekerjaan.

"Kita juga berharap pertubuhan majikan untuk tidak menyokong saranan berkenaan," ujarnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "