Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mohammed Adalah Nama Bayi Paling Popular Di Israel Sepanjang 2014

30 Dis 2015




Israel sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila enggan menyenaraikan nama Arab dalam penggunaan nama bagi paling kerap pada tahun lalu.

Namun mengikut statistik, Mohammed merupakan nama bayi yang paling popular digunakan di Israel sepanjang 2014.

Mengikut statistik 2013, Lembaga Penduduk Israel hanya menyatakan nama Yosef adalah nama yang sering diberikan kepada bayi, langsung tidak menyatakan fakta bahawa nama Mohammed juga sebenarnya sering digunakan dan bersaing di tempat pertama nama bayi paling popular.

Mengikut purata, satu daripada tujuh bayi lelaki  di Israel diberikan nama Mohammed.

Selain Mohammed, nama-nama yang sering digunakan adalah Noam, Ori, David, Yosef dan Eitan.

Manakala bagi bayi perempuan pula nama Noa tetap mengungguli nama paling banyak digunakan selama 15 tahun.

Satu daripada lima bayi di kalangan masyarakat Islam akan menamakan bayi lelaki mereka sebagai Mohammed atau Ahmed (14.5 peratus Mohammed; dan 5.5 peratus Ahmed). -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "