Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Merokok di PWTC : Kalau Sendiri Nampak Saya Dah Sebat Mereka - KJ

9 Dis 2015
No Comment


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau KJ hari ini memberi amaran untuk menyebat dan memukul mana-mana perwakilan khususnya anggota Pemuda jika mereka terus merokok dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

KJ berkata sedemikian ketika diminta mengulas tentang perwakilan-perwakilan yang bertindak merokok di dalam PWTC.

"Saya tak tahu, kalau saya tahu saya dah pukul mereka dan kalau saya sendiri nampak saya dah sebat mereka," kata Khairy dalam sidang media memetik laporan dari MalaysiaKini.

KJ juga berkata pihaknya mhu pengurusaan bangunan PWTC untuk menguatkuasakan larangan merokok selain meminta agar perwakilan menunjukkan teladan yang baik.

"Saya harap pihak tuan punya bangunan dapat menguatkuasakan peraturan (merokok) ini.

"Jangan tunjuk teladan yang buruk," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa perwakilan yang hadir ke perhimpunan agung Umno pada kali ini tidak mengendahkan larangan merokok di PWTC.

Portal Malaysiakini melaporkan tinjauan yang dilakukan di PWTC dipenuhi dengan asap rokok dan perwakilan juga didapati terus merokok walaupun terdapat papan tanda dilarang merokok. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "