Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Trump Tidak Lagi Layak Bertanding Presiden AS - White House

9 Dis 2015
No Comment


WASHINGTON - Hartawan, Donald Trump, yang kini dalam proses melobi rakyat Amerika Syarikat kini gagal dan tidak lagi layak untuk bertanding jawatan presiden negara tersebut.

White House dalam satu kenyataan semalam mengumumkan perkara itu selepas Trump menggesa AS supaya tidak membenarkan orang beragama Islam masuk ke negara tersebut.

"Apa yang dikatakan oleh Trump semalam telah mengagalkannya untuk bertanding sebagai presiden," kata Setiausaha Media White House, John Earnest.

John berkata setiap Presiden AS perlulah memelihara, mempertahan dan melindungi undang-undang persekutuan AS dan kata-kata Trump itu membuktikan perkara sebaliknya.

Kenyataan Trump pada Isnin menyebabkan dia dikecam hebat oleh rakyat AS dan juga beberapa pemimpin lain.

Terbaru, satu petisyen online dibuat untuk mengharamkan Trump memijak tanah UK ditandatangan oleh lebih 150,000 orang.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "