Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khianat Pergi Spray Kereta Orang, 7 Laporan Polis Dibuat

17 Dis 2015

Ipoh, 17 Dis: Pihak polis mengesahkan kejadian khianat seorang individu yang bertindakan menyembur spray kepada beberapa buah kenderaan penduduk di taman perumahan di Jelapang dan Chemor, disini.

Video perbuatan itu mula tersebar di media sosial sejak semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Ipoh, Superintenda Mohd Nor Rasid, setakat ini tujuh laporan polis dibuat oleh pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat.

"Polis mengesahkan berlaku kes terbabit. Kami terima tujuh laporan mengenai kejadian itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat," katanya lapor Harian Metro.

Menurut beliau juga, maklumat amat diperlukan bagi membantu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi SMS Rakan Cop atau dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-254 1222.

"Orang ramai juga diminta berhati-hati dan menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mengalami masalah berkenaan serta dinasihatkan agar tidak menyebar sebarang maklumat yang tidak sahih," katanya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "