Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Kekalkan Jangka Hayat & Ketahanan Lebih Lama, JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Jika Guna ‘Nonstick Pan’

21 Jul 2017
4 ulasan
Foto: foodal

Buat mereka yang suka memasak, pastinya suka menggunakan alatan memasak yang mudah digunakan dan bantu mempercepatkan serta memudahkan kerja-kerja di dapur.

Kalau dulu, dekar rumah, mak pasti gunakan kuali biasa, dalam menggoreng apa juga, telur, ayam, ikan, atau masak sayur, dan kuali init tentunya memerlukan minyak masak yang banyak.

Bukan itu saja, apa yang paling leceh adalah bila mana ada sisa-sisa yang melekat dekat kuali, nak menyental bukanlah mudah.

BACA: 6 Barangan Dapur Yang Boleh Digunakan Untuk Cerahkan Semula Kuali Berkerak Supaya Nampak Baru di Hari Raya Ini

Tapi, dengan adanya kuali tidak melekat (non-stick pan) ia sememangnya lebih memudahkan urusan di dapur, lagi-lagi bab menggoreng.

Tiada lagi masalah kuali kotor kerana kesan minyak yang berlebihan dan kerak-kerak.

Tapi, penggunaan kuali tidak melekat ini ada caranya, kalau tidak ia akan rosak dan kelebihan tidak melekat itu, seperti tidak berguna lagi. Ini adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan dan tidak ketika menggunakan kuali tidak melekat.

1. Api besar


Dengan menggunakan api yang terlalu tinggi/besar sewaktu menggoreng, ia akan merosakkan lapisan tidak melekat.

Kekalkan hanya dengan api suhu kecil atau sederhana saja.

2. Perkakas besi


Jangan sama sekali gunakan perkakas besi sewaktu sedang memasak, lebih-lebih lagi menguis apa yang sedang dimasak di dalam kuali.

Ia akan menyebabkan kerosakan kepada lapisan tidak lekat akibat tercalar.

Sebaiknya, gunakan senduk silikon atau kayu.

3. Mesin pencuci


Adalah lebih baik anda mencuci kuali tidak lekat dengan menggunakan tangan sahaja.

Mungkin ada yang melabelkan ‘boleh menggunakan mesin pencuci’. Tetapi sebenarnya, mesin pencuci boleh rosakkan secara perlahan-lahan lapisan juga.

4. Minyak masak


Daripada menggunakan minyak masak jenis semburan, adalah lebih baik gunakan mentega atau minyak zaitun.

Kesan yang akan ditinggalkan sekiranya gunakan jenis semburan adalah lebih mengecewakan.

5. Menambah/memasukkan minyak


Sebelum menghidupkan api dapur, adalah digalakkan memasukkan terlebih dahulu minyak masak.

Ini menambahkan lagi keberkesanan lapisan kuali tidak melekat.

Ada beberapa kuali tidak lekat akan melepaskan toksid sekiranya tidak digunakan dengan betul. Pastikan anda gunakan dengan cara yang betul, untuk pastikan jangka hayat kuali itu lebih lama.


Sumber: Lifestyle Insider

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )

  1. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.


    BalasPadam
  2. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G agent bola terpercaya di Indonesia
    mari daftar 5ee80afe ^^

    BalasPadam

  3. Join bersama kami di agen terpercaya dan terbonafit plus Freechips Setiap hari nya hanya di KELINCI99 silahkan..PIN : 2B1E7B84

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "