Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Telefilem '16 Puasa' Ketengahkan Realiti Sebenar Yang Berlaku Dalam Masyarakat Berkait Dengan Pergolakan Jiwa

23 Jun 2017
5 ulasan

Filem, drama, mahu pun tele-movie, banyak ditayangkan sama ada di televisyen, atau pun panggung wayang, yang mana sering kali menjadi tontonan setiap dari kita dalam mengetahui jalan cerita atau mesej yang cuba disampaikan.

Seperti yang sudah sedia maklum, ramai di antara kita telah tengok sebuah cerita hasil arahan Mamat Khalid, iaitu 16 Puasa, yang mana mengisahkan mengenai penduduk kampung yang sering ponteng puasa. Berbeza dengan ’15 Puasa’, di mana hanya seorang individu sahaja yang tidak berpuasa.

Tidak dapat dinafikan juga, karya-karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid sememngnya memberikan satu impak dan ada mesej tersendiri. Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Izwanuddin Abd Rahim, apa yang dapat dinilai dan diperolehi dari telefilem 16 Puasa ini, cukup dekat dengan norma kehidupan seharian kita.


Telefilem 16 Puasa arahan Mamat Khalid ditayangkan di Astro First sempena bulan puasa ini. Telefilem ini dibintangi oleh Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Ngasrizal Ngasri, Rab Khalid, Man Kadir, Sharwani NS, dan TJ Isa.

Ceritanya berkisar tentang beberapa orang sahabat yang sering ponteng puasa bersama-sama. Ini kesinambungan daripada telefilem 15 Puasa lakonan Adlin Aman Ramlie yang diarahkan oleh Mamat Khalid dahulu.

Berikut beberapa ulasan saya terhadap telefilem ini.

1. Formula persahabatan

Mamat Khalid berjaya mengumpulkan beberapa nama besar untuk berlakon di bawah arahannya. Menjadi suatu kebiasaan Mamat Khalid untuk bekerjasama dengan rakan-rakan rapatnya dalam karya-karya yang diarahkannya. 

Bukan calang-calang orang yang bekerja bersama beliau. Sabri Yunus misalnya, pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 2011 menerusi telefilem Sangggul Beracun. 

Aziz M. Osman pula pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 1998 menerusi filem Baginda. 

Selain itu, para pelakon lain yang terlibat juga sudah biasa muncul dalam drama dan filem arahan Mamat Khalid. Mamat Khalid seakan-akan mengulangi formula Tan Sri P. Ramlee yang sering bekerjasama dengan orang-orang yang sama dalam karya-karyanya.

2. Unsur realisme, parodi dan satira

Tiga elemen ini menjadi nafas utama dalam karya ini. Realisme ialah sesuatu yang benar-benar berlaku. Parodi ialah meniru kisah atau situasi asal dengan gaya yang melucukan. Satira pula ialah karya yang berbentuk sindiran terhadap sesuatu. 

Dalam telefilem ini, Mamat Khalid mengangkat realisme dalam masyarakat Melayu ketika berpuasa. Kewujudan orang yang ponteng ketika berpuasa diparodikan dan kritikan sosial disampaikan dalam bentuk satira yang santai.

3. Deadpan

Jenis lawak yang digunakan dalam telefilem ini ialah ‘ deadpan ‘. Nama lain bagi genre lawak ini ialah ‘ dry humor ‘. Orang kita panggil lawak kering. Dalam lawak jenis ‘ deadpan ‘, unsur lucu disampaikan dalam keadaan yang serius sehingga kadangkala penonton tidak pasti sama ada perkara itu serius atau tidak. 

Tetapi penonton tetap akan berasa hal itu kelakar. Lawak yang disampaikan dalam telefilem ini bersifat selamba dengan wajah pelakonnya hampir tidak menunjukkan ekspresi mahu membuat jenaka.

Ini berbeza dengan lawak slapstik yang sering digunakan oleh pelawak seperti Jim Carrey yang memerlukan mimik muka yang berlebih-lebihan atau gaya yang dibuat-buat untuk menimbulkan unsur lucu. 

Antara pelawak di Malaysia yang mahir dengan lawak jenis ‘ deadpan ‘ ini ialah Yassin Senario. Buat lawak, tapi muka serius. Kalau telefilem, Kata Samseng yang menampilkan Rosyam Nor, Eman Manan, dan Nasir Bilal Khan antara yang menggunakan lawak jenis ini. Pelakon serius berlakon cerita jenaka. Bayangkan.

4. Auteur

Auteur berasal daripada Bahasa Perancis yang bererti pengarang. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘ Author ‘. Auteur dalam dunia pengarahan ialah keadaan di mana seseorang pengarah itu memasukkan Weltanschauung ( pandangan alam ) ke dalam karyanya. 

Dengan kata lain, pengarah bertindak seolah-olah sebagai seorang pengarang yang menguasai dunianya. Telefilem ini tebal dengan gaya Mamat Khalid sehingga apabila kita menontonnya, kita tahu ini karya beliau.

5. Zeitgeist

Zeitgeist ertinya semangat zaman. Sewaktu peralihan antara satu babak dengan babak yang lain, Mamat Khalid memasukkan gambar para pelakon yang membuat aksi tertentu sambil memberinya tajuk-tajuk yang lucu seperti Isteriku Mrs Sideburn dan Suamiku Pakai Vest. 

Ini menunjukkan bahawa beliau peka dengan masyarakat di zaman ini yang agak cenderung kepada drama-drama dengan tajuk sedemikian, walaupun beliau belum tentu bersetuju dengannya.

6. Sosialisme Blok Komunis Timur

Lagu-lagu yang digunakan oleh Mamat Khalid dalam telefilem ini memiliki pengaruh sosialisme dari Blok Komunis Timur. Sosialisme menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata. 

Blok Komunis Timur pula merujuk kepada Soviet Union dan sekutunya yang mengamalkan komunisme ketika Perang Dingin dahulu sebelum berlakukan perpecahan sesama mereka. 

Komunisme menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah fahaman politik yang ( hendak ) menjadikan faktor pengeluaran dan barang-­barang pengguna milik negara atau milik ber­sama rakyat. 

Penggunaan lagu-lagu ini, tidak semestinya bererti beliau turut menganut fahaman sosialis dan komunis, tetapi lebih kepada memperkenalkan genre lagu yang jarang didengari oleh masyarakat.

Demikianlah sebahagian falsafah pemikiran yang cuba disampaikan oleh Mamat Khalid dalam karya 16 Puasa ini.

~ MIAR ~

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. izin post ya admin bila mengganggu jangan di spam ya tapi di delete saja ya..
    yuk.. gabung di updatebetting dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  2. ayo dicoba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^
    dapatkan juga bonus rollingan dan refferalnya :* :*

    BalasPadam
  3. Ingin Bermain Togel Online ?
    Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?
    disinilah tempatnya di dewalotto*org
    tunggu apa lagi daftarkan diri anda secepatnya

    BalasPadam
  4. www.arenadomino.com
    Live Casino Bandar QQ Poker
    Langsung Aja Di Join:)

    BalasPadam
  5. yuk yuk yuk mapir hahaha..indon siak

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "