Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khianat Pergi 'Kelar' 17 Batang Pokok

22 Dis 2015

KUALA LUMPUR - Pihak DBKL kini sedang mengesan tindakan vandalisme terhadap 17 pokok di Wangsa Maju yang bertujuan untuk mematikan pokok-pokok tersebut.

Namun, hasil aduan orang ramai dan tindakan pantas DBKL, pokok-pokok yang 'dikelar' itu dapat diselamatkan.

Sebanyak 17 pokok tersebut ditoreh dan dikelar di sekelilingnya bagi tujuan mematikan saluran makanan supaya sumber air dan nutrien daripada akar tidak dapat disalurkan kepada dahan utama, ranting dan daun pokok.

Pokok ini akan mati secara perlahan-lahan dan kejadian musnah laku sedemikian adalah yang pertama berlaku di Kuala Lumpur serta mungkin dilakukan atas kepentingan dan keperluan individu tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar kelak.

DBKL bertindak pantas susulan aduan dengan melaksanakan operasi menyelamat menggunakan kaedah ‘cantuman rentas’ (bridge drafting),” kata Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi DBKL, Mustafa Mohd Nor.

Menurut Mustafa lagi, pihaknya telah membuat satu laporan polis berhubung perbuatan khianat itu.

Seksyen 36 di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 telah menetapkan larangan bagi memotong pokok yang ukur lilitnya melebihi satu meter dengan sengaja hingga menyebabkan pokok itu mati.

Perbuatan ini sangat tidak wajar terjadi dalam masyarakat bertamadun kini kerana pembangunan pesat dalam bandar perlu seiring dengan usaha DBKL menanam dan menyelenggara seberapa banyak pokok bagi mengimbangi keperluan oksigen,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "