Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kek' Najis Lembu Antara Produk Terlaris Dalam Pasaran 'Online' Di India

29 Dis 2015
No Comment

New Delhi: Perniagaan atas talian adalah satu cara baru yang kini digunapakai oleh peniaga dari seluruh dunia untuk memasarkan produk mereke tidak terkecuali dengan kita Malaysia.

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat satu produk yang mungkin agak janggal didengar oleh kita dijual dalam talian di India di mana ia merupakan salah satu produk yang begitu laris.

Produk tersebut ialah 'kek' najis lembut dimana beberapa syarikat jualan dalam talian di negara berkenaan memberitahu ia adalah antara produk paling popular di Internet.

Najis lembu yang dicampur dengan rumput kering dan dijemur dimana ia dihasilkan di kawasan pedalaman yang dibentuk seperti bentuk kek untuk dijadikan bahan bakar.

Mengikit tradisi mengenai kek najis lembu berkenaan ia telah digunakan oleh penduduk kampung di India untuk memanaskan rumah dan dalam upacara keagamaan.

Bahkan syarikat jualan atas talian terkenal seperti Amazon dan eBay mula menjual ‘kek’ najis lembu itu untuk penduduk di kawasan bandar.


Apa yang menarik, menurut syarikat berkenaan, sejak ‘kek’ najis lembu mula dijual di Internet beberapa bulan lalu, produk berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa.

“Kek najis lembu disenaraikan beberapa penjual kami sejak Oktober lalu dan ia mendapat sambutan hangat pembeli,” kata jurucakap Amazon India, Madhavi Kochar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "