Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Sebenar Disebalik Kebakaran Dekat LRT : Perasaan Cemburu Punca Kejadian

21 Dis 2015

PETALING JAYA, 21 Dis: Seorang lelaki nekad mencurahkan petrol ke kereta seorang wanita sebelum menyalakan api untuk membakar kereta tersebut.

Difahamkan, kereta tersebut dinaiki oleh wanita itu dan juga seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki wanita berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 petang itu, suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Ego menghampiri kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Proton Wira itu sebelum mebaling petrol dan menyalakan api.

Laporan Bernama menyebut suspek dan wanita itu kini dalam proses penceraian.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, api yang merebak telah menyebabkan enam buah kereta termasuk kereta mangsa terbakar dalam kejadian.

The Star melaporkan, lelaki terbabit muncul di tapak tempat kereta berdekatan dengan LRT Taman Jaya, tempat dimana teman lelaki wanita itu bekerja, sekitar jam 1.30 petang pada Isnin hanya untuk melihat lelaki itu memasuki kereta wanita tersebut.

"Teman lelaki wanita itu sedar yang lelaki tersebut (suspek) mahu melontar botol tersebut ke dalam kereta teman wanitanya itu yang berada dalam keadaan pintu terbuka kerana dia sedang mencuci keretanya"

"Nasib baik, wanita itu berjaya melompat keluar sebelum api menelan kereta terbabit", katanya sebagaimana memetik laporan The Star.

Suspek terbabit meloloskan diri dari tempat kejadian, meninggalkan selipar dan helmetnya.

"Api merebak dengan cepat dan marak ke lima kereta berdekan sehinggakan beberapa orang di sekeliling tidak mampu memadamkannya", kata beliau sambil menambah tiga letupan kuat turut kedengaran.

Portal TheRakyatPost pula melaporkan bahawa ACP Mohd Zani berkata kerugian akibat kejadian dianggarkan RM300,000.

Susulan kejadian itu, dianggarkan kerugian kira-kira RM300,000.

Suspek yang tinggal di Pantai Dalam itu berusia 30an sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya diteruskan,” katanya sebagaimana memetik laporan TheRakyatPost.

Teman lelaki wanita itu yang berusia 20 tahun cedera di bahagian tangan akibat terkena pintu keret ketika menyelamatkan diri.

Selain itu, Mohd Zani juga turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetus kembimbangan awam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "