Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini : Vape Haram - Majlis Fatwa Kebangsaan

21 Dis 2015

SHAH ALAM, 21 Dis - Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa rokok elektronik, atau vape adalah haram.

Perkara ini diumumkan oleh pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin menerusi satu sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama malam tadi.

Ketetapan itu dibuat selepas jawatankuasa bersidang hari ini bagi mendengar penjelasan dari pakar-pakar dari pelbagai pihak termasuklah dari Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti maklumat dan bukti perubatan dari dalam dan luar negara mengenai kesan penggunaan vape kepada kesihatan.

"Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa rokok elektronik, termasuk vape adalah haram,", katanya sebagaimana memetik laporan Berita Harian.

Selain itu beliau juga menegaskan dari sudut Qisas, penggunaan vape sama seperti perbuatan meminum bahan beracun dan menghisap rokok.

Vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad Al-Zaraia yakni menutup keburukan yang lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku di masa hadapan.

Berikutan itu, beliau berkata umat Islam adalah dilarang menghisap ataupun menyediakan perkhidmatan menghisap vape atau apa-apa aktiviti yang mempunyai kaitan dengannya.

"Vape juga memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara yang jijik seperti memudaratkan dan bau busuk," katanya.

Sementara itu, KKM yang sebelum ini telah menyatakan vape sememangnya tidak selamat untuk digunakan, bercadang untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik dan vape selepas Kabinet bersetuju untuk tidak mengharamkan penggunaannya.

Setakat ini, penggunaan rokok elektronik telah pun diharamkan di Singapura, Brunei, Hong Kong, UAE, Arab Saudi, Britain, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Panam, Qatar dan juga Turki. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "