Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Jumpa Cucu 10 Bulan Lemas Dalam Baldi

25 Dis 2015
Foto : Hilmi/ myMetro


Balik Pulau, 25 Dis: Seorang bayi perempuan 10 bulan dijumpai terjatuh dan lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya di Taman Genting Emas, Simpang Empat di sini dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi.

Nur Dayana Sofia Islahuddin, 10 bulan, dipercayai merangkak ke dalam bilik air di rumahnya seorang diri sebelum terjatuh di dalam baldi tersebut.

Adik Nur Dayana dipercayai tidak dapat keluar dari baldi berkenaan dan lemas.

Mayat adik Nur Dayana ditemui oleh datuknya yang bangun untuk berwuduk bagi mendirikan solat subuh.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "