Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jadikan Bendera Singapura Sebagai Pelapik Meja Adalah Kesalahan Besar, Israel Mohon Maaf

31 Dis 2015
No Comment

SINGAPURA: Menyalahgunakan bendera Singapura adalah satu kesalahan yang besar, kata Kementerian luar Singapura dalam satu kenyataan.

"Kami mengalu-alukan permohonan maaf kedutaan tersebut dan jaminan mereka bahawa diplomat tersebut akan dihukum."

"Semua orang, termasuk para diplomat dan warga asing di Singapura, wajib menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan kami," tambah menteri luar tersebut.

Perkara ini menimbulkan kemarahan pentadbiran Singapura selepas seorang pegawai diplomat di kedutaan Israel telah menggunakan bendera negara mereka sebagai pelapik meja dalam sebuah parti.

Israel melalui kedutaannya telah dilaporkan memohon maaf atas perbuatan pegawai mereka itu dan berjanji akan akan mengambil tindakan.

“Kedutaan Israel di Singapura amat kesal dengan tindakan keterlaluan yang ditunjukkan oleh salah seorang staf muda mereka dan dengan ini memohon maaf,” ujar kedutaan Israel dalam satu kenyataan media.

Ketua pengarah kementerian luar Israel dikatakan telah mengarahkan tindakan disiplin yang tegas akan dikenakan ke atas diplomat tersebut.

Menurut beliau lagi, tindakan mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap pegawai diplomasi mereka itu menggambarkan ketegasan Israel dalam memandang insiden tersebut, terutama sekali dari aspek keakraban dan hubungan persahabatan antara Singapura dan Israel.”

Seorang netizen yang memuat naik foto insiden berkenaan mengatakan beliau amat terkejut melihat sekumpulan orang berkulit putih yang “sememangnya menggunakan bendera Singapura kita sebagai alas meja!” - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "