Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu KimK: Fazura Kata Banyak Benda Lain Lagi Nak Fikir

31 Dis 2015


Pernah mencetuskan ketegangan di kalangan pengikutnya di Instagram gara-gara salah faham maksud KimK, artis Nur Fazura menganggap isu berkenaan sudah selesai.

Beliau juga menyifatkan hal itu sebagai remeh dan terpulang kepada sesiapa jika masih mahu memperkatakannya.

“Hidup saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja tahun ini jadi saya tiada masa hendak memikirkan hal remeh-temeh begitu. Saya anggap hal itu sudah selesai dan tidak ada apa hendak diceritakan lagi.

“Saya tidak ambil tahu dan malas hendak komen untuk kes itu. Saya malas hendak fikirkan hal itu lagi. Biasalah masing-masing ada pendapat tersendiri dalam hal itu. Itu laman sosial dan sesiapa pun berhak untuk bercakap dan menyuarakan pandangan.

“Sesiapa pun boleh bercakap apa saja. Namun, saya tahu apa yang saya buat dan fikirkan. Niat saya hanya Allah saja yang tahu dalam kes itu,” jelasnya memetik Rotikaya.

Sebelum ini komen yang ditinggalkan di satu postingnya di Instagram disalah tanggap oleh artis itu seolah-olah mengaitkannya dengan perkataan mencarut. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "