Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hospital Tampil Jawab Isu Pecat Jururawat Tidak Dibenarkan Tutup Aurat Ketika Bertugas

5 Dis 2015
One Comment

Berikutan pemecatan seorang jururawat sebuah hospital swasta yang menjadi isu semalam, pihak hospital terlibat hari ini telah tampil menjawab apa yang didakwa beliau sebelum ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service, Regina Sundram berkata, jururawat berkenaan dipecat bukan kerana cara pemakaiannya tetapi kerana masalah disiplin iaitu tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab.

“Dia tidak hadir selama dua hari tanpa sebab dan tidak melaporkannya kepada pihak pengurusan bahawa dia tidak hadir.

"Kami anggap dia secara tidak langsung telah berhenti kerja. Dia diberhentikan bukan kerana pakai pakaian lengan panjang.

"Mengikut akta buruh, sekiranya pekerja tidak hadir bekerja lebih dari dua hari bekerja, boleh dikira telah berhenti” katanya dipetik daripada laporan Malaysiakini, hari ini.

Semalam, Naziah Sauni Samat, 24, bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan telah mengadakan sidang dan mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Beliau semalam mendakwa tidak dibenarkan oleh pihak hospital memakai seragam yang berlengan panjang dan bertudung semasa bertugas.

Sementara itu, Regina mengakui pihaknya tidak membenarkan jururawatnya mengenakan pakaian seragam berlengan panjang.

Ini kerana, menurut beliau lagi, hospital sememangnya telah menetapkan garis panduan khusus untuk jururawat samaada Muslim atau bukan Muslim.

Jururawat bukan beragama Islam dikehendaki memakai seragam seluar panjang dan kemeja lengan pendek manakala bagi jururawat beragama Islam pula, kata Regina, pakaian yang ditetapkan iaitu berseluar panjang, kemeja pendek dan boleh memakai anak tudung.

"Kami tidak melanggar akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, malah peraturan pemakaian seragam berlengan pendek dibuat untuk mengelak jangkitan kuman pada pesakit dan memudahkan kerja," jelasnya.

Pihak pengurusan hospital juga telah memberikan ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja atau berhenti kerana Naziah datang bekerja dengan memakai stoking lengan dan ia telah melanggar peraturan pemakaian hospital. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "