Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Hilang Ketika Keluar Bayar Bil, Hantar SMS "Tolong Intan Ibu"

27 Dis 2015

Melaka Tengah - Seorang remaja perempuan, Intan Suliana Suliyana Mohamad Som, 18, dipercayai telah hilang apabila dia tidak pulang ke rumahnya di Taman Rumpun Bahagian di sini selepas dia keluar ke pusat beli belah pada Rabu lalu.

Menurut ibu Intan, Nor Asiah Ab Hamid, 52,  anaknya itu hilang tanpa sebarang pesanan atau nota sehingga menyebabkan kesihatannya dan suami terjejas kerana terlalu bimbang.

Ujarnya juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Melaka Tengah sebaik sahaja menyedari kehilangan anaknya itu.

Intan keluar dari rumah pada jam 1.30 tengahhari bagi melunaskan bil di sebuah pusat membeli belah di negeri ini.

"Saya beri dia RM101.30 dan bekalkan RM1 untuk dia pergi bayar bil dengan berjalan kaki seorang diri di pusat beli belah yang jarak lebih kurang 500 meter dari rumah.

"Sebelum hilang, dia sempat jumpa kakaknya yang bekerja di sebuah butik di situ.

"Ketika itu dia pakai tudung warna coklat, baju belang lengan panjang dan seluar hitam," katanya.

Nor Asiah juga berkata ahli keluarga mula risau apabila Intan belum pulang walaupun sudah lewat malam dan panggilan telefon tidak berjawab.

"Intan ada hantar SMS jam 7.34 malam pada saya, Khamis lalu, saya cuba telefon balik namun gagal dan dalam SMS tu dia tulis “tolong Intan ibu”. Ini amat bimbangkan saya.

"Malah pada hari yang sama lebih kurang jam 12.40 tengah malam, kakaknya yang menetap di Duyong menerima SMS dari Intan mengatakan dia sihat dan takut untuk pulang ke rumah,” katanya.

Menurut Nor Asiah, tiada sebarang perselisihan faham berlaku dan Intan adalah seorang yang sangat peramah dan manja dalam keluarganya.

Nor Asiah meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu menghubungi mereka di talian 010-5160706 atau tampil ke balai polis terdekat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "