GST : Pengguna Boleh Tuntut Rebat Prabayar Mulai 1 Januari
KUALA BERANG: Penguna-penguna kad prabayar boleh mula menuntut rebat bagi perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 Januari depan.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan bajet 2016 untuk membayar balik caj GST yang dikenakan sebelum ini.
"Bagaimanapun, rebat ini hanya untuk warga negara. Pengguna boleh menyemak dengan pihak pengendali telekomunikasi sama ada mereka layak menerima rebat itu atau sebaliknya," katanya dipetik laporan BH Online.
Beliau juga berkata rebat itu akan dilaksanakan sehingga hujung tahun depan. - Siakapkeli.my