Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Bunuh 6 Anak, Isteri Hamil & Ibu Hanya Kerana Rambut Anaknya

18 Dis 2015

Rusia, 18 Dis  - Seorang lelaki memberitahu mahkamah bahawa dia telah membunuh isterinya yang sedang hamil, enam anak serta ibunya kerana satu pergaduhan yang tercetus berikutan gaya potongan rambut salah seorang anaknya.

Oleg Belov mengaku membunuh seluruh ahli keluarganya dalam amukan selama 10 minit yang bermula kerana gaya potongan rambut anaknya yang berumur 6 tahun kelihatan seperti potongan rambut "burung kakak tua".

Oleg memberitahu mahkamah di Rusia hari ini bahawa isterinya, Yulia, 32, mahu menceraikannya dan memotong rambut salah seorang anak dengan gaya yang tidak digemari olehnya.

"Dia memotongnya (rambut) seperti burung kakak tua", kata Oleg.

"Saya tanya dia, 'Kamu bergurau ke apa?'"

"Saya cuba merampas mesin pemotong rambut dan satu pergaduhan tercetus"


Oleg berkata dia memukul isterinya dua kali sebelum isterinya itu melarikan diri meminta tolong. Dia kemudian mengekori dan membunuh isterinya dengan menggunakan kapak sebelum membunuh keenam-enam anaknya.

"Saya bunuh anak-anak saya supaya mereka menjadi milik saya selamanya."

Dia kemudian membunuh ibunya yang berusia 73 tahun dan menikamnya 21 kali.

Polis Rusia menjumpai mayat anak-anak Oleg yang telah dikerat, berumur antara satu hingga 7 tahun, apabila antara mereka gagal menghadirkan diri ke sekolah.

Oleg menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Perbicaraan bersambung. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "