Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gerakan Merah Isytihar Kompleks Kota Raya Petang Ini 'Panas'

18 Dis 2015
No Comment

Berikutkan kes terbaru penipuan yang melibatkan peniaga telefon di Kompleks Kota Raya, gerakan baju merah telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan di kompleks berkenaan pada petang ini.

Himpunan yang diketuai oleh Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan nama Ali tinju  berkata perhimpunan petang ini dijangka "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu berikutan tindakan seorang peniaga telefon bimbit berbangsa Cina yang mengurung pelanggannya.

"Perhimpunan ini pasal kedai jual telefon yang tipu dan mengunci pelanggannya. Kita nak pergi tengok apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini ibarat di Low Yat.

"Kita tak mahu peniaga ini sewenangnya menipu dan ambil tindakan undang-undang sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

BACA: Harga Telefon RM800 Tiba-Tiba Jadi RM10,000, Lelaki 'Dikurung' Selagi Tak Mahu Bayar

Ditanya apakah yang akan dilakukan oleh Gerakan Merah petang ini, beliau berkata:

"Saya yakin dan percaya, benda ini akan jadi macam Low Yat. Jadi dengan kebijaksanaan saya sebagai ketua Gerakan Merah, saya akan selesaikan dengan cara berhemah dan tak gunakan kekerasan," katanya. - Siakapkeli.my

Kes Terbaru Semalam


LAGI KISAH KOTA RAYA, 16/12/2015..Datang sendiri menceritakn nasib beliau.Kehadiran pakcik ini melihat2 accessories...
Posted by Repair Handphone on Wednesday, December 16, 2015



UPDATE TERKINI..SYUKUR..KES AKHIRNYA SELESAI..PENIPU TELAH KEMBALIKAN KEMBALI DUIT PAK CIK HANIF DGN BAYARAN PENUH...
Posted by Roslan Bin Hj Ismail - Lan XCassanova on Thursday, December 17, 2015
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "