Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Budaya Senyum Orang Malaysia" Rizalman Jadi Bahan Gelak Rakyat Malaysia

6 Dis 2015



Petaling Jaya : Kenyataan mengenai "Budaya Senyum" orang Malaysia yang dinyatakan oleh Bekas atase pertahanan Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi pertuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita di New Zealand menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

Rizalman memberitahu Mahkamah Tinggi Wellington bahawa mengikut budaya di Malaysia, apabila seseorang wanita itu tersenyum, ia adalah jemputan kepada lelaki untuk mengikuti mereka.

Kenyataaan itu mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia yang rata-rata terkejut dan tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Rizalman. Malah ada yang membuat lawak sinis dengan menggunakan kenyataan itu termasuklah pelawak, Hareth Iskander.

"Saya berada di lapangan terbang untuk menaiki satu penerbangan ke Singapura apabila seorang wanita senyum kepada saya menandakan - yang maksudnya baru saja kita tahu melalui seorang diplomat Malaysia di New Zealand - satu signal kepada saya untuk mengikutinya ... Jadi sekarang saya berada di atas kapal terbang ke Penang. Ucapkan good luck kepada saya semua", tulis Harith Iskander di Facebook pada Sabtu.


Posting tersebut kemudian menjadi viral dan merima lebih 10,000 likes dan lebih 2,000 perkongsian.

Pengguna Facebook, Elisa Taufik menulis : "Wahai orang lelaki Malaysia, jika awak mengikut saya hanya disebabkan saya senyum kepada awak, saya bersumpah, saya akan sepak awak di celah kangkang, yang jujur, wanita Malaysia".

Pengguna Facebook, Justin David sementara itu menulis satu mesej untuk wanita Malaysia sebagai maklum balas :

"Wahai wanita Mlaaysia, Jika kamu senyum kepada saya dan saya tak senym balik, itu kerana saya tak mahu mengikut kamu pulang dan saya ada bilik air di rumah.

Seorang pengguna Twitter Lina Klasik juga membuat lawak tentang kenyataan tersebut dengan berkata : "Saya perlu belajar bagaimana untuk berhenti senyum ... sebab saya dah kahwin .... nanti terkejut laki, orang ikut balik rumha ... bhahahahah" - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "